Salasilah bahasa Indo-Eropah Bahasa-bahasa_Indo-Eropah

Bahasa Indo-Eropah mempunyai bahasa nenek moyang yang sama iaitu Proto Indo-Eropah. Bahasa ini dikatakan berasal dari kawasan di utara Laut Hitam, atau Anatolia. Berikut merupakan salasilah bahasa Indo-Eropah:

Kebanyakkan bahasa Eropah tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Namun, ada juga bahasa yang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Misalnya keluarga bahasa Uralik (Hungary, Estonia, Finland), bahasa Sami, keluarga bahasa Kaukasia dan bahasa Basque.

Bahasa Turki dan bahasa Malta adalah dua contoh bahasa yang berasal daripada luar Eropah. Bahasa Turki ialah sejenis bahasa Turkik, manakala bahasa Malta berasal daripada bahasa Arab.